Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Sarawak ke Amerika Syarikat bagi mempelajari pengurusan dan perancangan pesisir pantai dan pembaharuan bandar.
Lawatan kerja lima hari itu juga bertujuan sebagai penyediaan garis panduan dan polisi dasar pengurusan pesisir pantai dan perbaharuan bandar di Sarawak.